Tuesday, March 25, 2008

NABI BeRDAKwAH SecARA TERANG-TERANGAN

Nabi Muhammad bin Abdullah saw adalah nabi terakhir. Lahir pada tahun 570 M di Mekah. Diutus menjadi nabi ketika berusia empat puluh tahun. Selama tiga belas tahun Nabi saw berdakwah Islam di Mekah. Di Mekah Nabi saw mengalami banyak sekali kesulitan yang di hadapi oleh baginda. Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, tempoh masa menyampaikan dakwah secara rahsia, telah berlalu. Dalam tempoh tersebut, nabi tidak menyampaikan dakwah secara umum di tempat-tempat perhimpunan orang-orang Quraisy. Baginda menukar strategi daripada dakwah secara rahsia kepada terangan apabila Allah menurunkan ayat yang berfirman dalam surah Hijr “maka sampaikanlah secara berterus terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad) dan berpalinglah daripada orang-orang musyrik itu”.
Selepas Allah berfirman, baginda menaiki bukit Safa’ dan menyeru bani Fihr tetapi seruan baginda itu tiada seorang pun yang hadir mendengar seruan baginda bahkan baginda diherdik dan dimaki .Oleh itu mereka mengadakan perjumpaan dengan bapa saudara baginda Abu Talib iaitu ketua Bani Hasyim yang sanggup mempertahankan Rasulullah s.a.w daripada kejahatan musuh. Dalam perjumpaan itu kaum Quraisy menyuruh Abu Talib menghalang Rasulullah daripada berdakwah. Tetapi Rasulullah tetap dengan dakwahnya sehingga nenimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kaum Quraisy.
Selepas itu mereka sekali lagi megadakan pertemuan dengan Abu Talib.dengan nada yang sinis mereka meminta Abu Talib memberhentikan tindakan Rasulullah. Mereka mengatakan Rasulullah mencela datuk nenek mereka, mempermainkan akal pemikiran, dan menghina tuhan-tuhan mereka. Dengan itu Allah menurunkan ayat yang bermaksud “ dan apabila dikatakan kepada mereka : turutlah apa yang di turunkan oleh Allah akan tetapi mereka menjawab dengan sombong iaitu kami hanya menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami lakukan. dan Allah berfirman lagi “ patutkah mereka menurut datuk nenek mereka sekalipun syaitan mengajak mereka ke dalam azab neraka yang marak menjulang?
Apabila Allah mengatakan bahawa alasan mereka adalah sama dengan alasan yang dikemukakan oleh umat tedahulu tetapi mereka bertegas dengan alasan mengikut apa yang dibawa oleh datuk nenek mereka.maka ia menyifatkan datuk nenek mereka tidak mempunyai akal dan tidak mendapat hidayat..dan keterangan itu membuatkan kaum Quraisy marah dan mereka memberi kata dua kepada Abu Talib.mereka menggugut akan melakukan sesuatu kapada Rasullullah.
Dan Abu Talib memandang serius dengan ugutan dari kaum Quraisy itu.dengan segera Abu Talib pergi menemui Rasullullah dan memberi peringatan kepada anak saudaranya itu supaya berhati hati. Akan tetapi rasulullah menyangka bapa saudaranya itu tidak ingin mempertahankannya. Oleh itu baginda bersabda : Demi Allah! wahai bapa saudaraku, sekiranya mereka meletakkan matahari disebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku supaya aku tinggalkan urusan ini, aku tidak sesekali tidak akan meninggalkannya sehingga Allah memenangkannya atau musnah kerananya. kemudian Rasulullah menangis dan berpaling daripada Abu Talib.mendengar kata anak saudaranya itu, Abu Talib menyuruh Rasulullah memandang ke arahnya sambil berkata “Pergilah! sebutlah apa yang kamu suka. Demi Allah! aku tidak akan serahkan kamu kepada meraka.

16 comments:

amani said...

salam saya tertarik dgn article awak..emm gambar 2 family awak ke? whatever good luck n chaiyokkk

mat_api said...

citer nie saper y tlng watkan??nmpak menarik,tp ada ckit kmsykilan...herm..blh sy th saper bani fihr????????????????

tlng jwb.k

Rubbama said...

slm.bush.best la citer ko.background pn cntik...ko sndri phm x citer nie????hehe..

Irshadiah Addiniah said...

salam..tahniah lahirkan blog dakwah yg bgitu mnarikk..usaha2 murni sebigini ptt dipuji dan dsanjung tinggi..ulama pewaris nabi..truskan perjuangan

achik said...

bagus3...betul3...bush,mu mmg hebat..pndai jgk mu hasilkan satu tulisan yang mnarik prhatian aku..bagus3...usaha lg..

Rushdy said...

alhamdulillah..sebenarnyer bushra hati aku keras sgt..susah nak tersentuh hati aku..bile org nasihat aku..aku xnak dgr..tapi bile kau nukilkan kisah nabi berdakeah secara terang-terangan ni..ALLAHU AKBAR!!!!!! Bushra!!! hati aku tersentuh dan aku insaf sgt..terima kasih bushra kerana kau juga dpt menjalankan dakwah kerana blog ko ni buat ak insaf......

syawal@jerung said...

salam saya tertarik dgn article awak..emm gambar 2 family awak ke? whatever good luck n chaiyokkk..bagus3...betul3...bush,mu mmg hebat..pndai jgk mu hasilkan satu tulisan yang mnarik prhatian aku..bagus3...usaha lg..

helmy said...

SALAM.kabare.mula2 aku knal kau tak taw pun kau pandai menulis. sekarang kau dah ada anjakan paradikma.kau belajar kat mane tulis2 macam ni?? terharulah.kau tulis or copy dalam internet.ape2 pun tahniahla.aku akan ingat sampai exam taw.harap2 sirah kau dapat A+++.aku pun nagah usaha nak dapat A+++ ni.dengan membaca blog ko mesti aku dapat paham dengan sempurna.aku nak ulas sikit leh tak? kau orang sume yang bace blog ni seharusnya amik iktibar daripada kisah nabi berdakwah secara terang-terangan. rubbama kita sekarang ni lau nak berdakwah dah mudah tak banyak halangan macam nabi.seharusnya kita sume amik peluang hatta syariat menjadi ulung. saya juga berharap agar manusia zaman sekarang khususnya remaja berlumba2 dalam melakukan kerja dakwah.takbir.semoga kerja2 dakwah yang kita jalankan mendapat petunjuk dan hidayah daripada ALLah.Akhir kalam teruskan usaha dalam penulisan kerana ia merupakan sebuah medium dalam melaksanakan dakwah.Aku juga nak ingatkan pada semua pemilik blog jadikanlah blog anda sebuah medium dakwah agar semua insan di dunia dapat pengajaran dan manfaat dari cerita atau diskusi anda, tahniah bushra.wassalam.

sujairi_usim said...

good story,smoga anta dpt m'gluarkn lg crite2 tntg nabi muhammad yg m'jdi cth t'baik bg smua manusia ddunia ini..

SHUKRI KS26116 said...

slm, teruskan usaha anda.. wassalam

bDk pAhANg said...

slm best la citer ko nie bush...y dpn 2 gmbr pamily ko kerr..aku nk brknln ngn adik ko blh??.hehe..

DILAH_8539 said...

جميل جدا يابشرى. teruskan usaha ko busyra.do the best in final exam ya akhi.من جد وجدا.salammmmmmm.

aizatss said...

erm...bagus betul busyra ni..discuss pasal topik yang menarik untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat..

KimAmaN said...

Salam en.busyra..

Nmpk mnarik n kreatif blog awk ni..
Jalan cerita turut mberi pgajaran dan iktibar pd kita smua..
teruskan lg usaha anda bkn stakat d sni saja,k..

zuraida said...

salam,satu article yg menarik.tahniah.

BUSYRAA said...

slam...kekawang.hehe.biarlah aku komen 4 dri aku sndri.mmg x ptut la.apepun aku xpuas ati ape y aku wat blogspot nie.insyaallah,di masa akan dtng,aku akn repair blik aper y xkene ngan blogspot aku nie..salam